Thursday, June 23, 2011

Tips dan Portfolio Pelaburan Jadi Kaya

Salam June...!

Saya seorang yang masih single dimana100% menanggung diri sendiri (bukan ditanggung oleh ibu bapa, apatah pula encik pacar, sugar daddy dan yang seangkatan dengannya. Berpendapatan antara MYR 2000 - 4000. Tidak memiliki bisnes sampingan lain seperti penjualan bikini online mahupun penjualan kek yang maha indah seperti Puan Nani Rostam yang chantek.

Syukur, tuhan memberi kesedaran kepada saya betapa pentingnya wang dan harta pada usia yang muda. Jangan terlalu prejudis tentang kata-kata saya. Nampak seperti materialistik bukan?Tapi hakikatnya kita harus belajar untuk menambahkan investment portfolio kita supaya kedudukan kewangan  kita sentiasa secure walau dimana kita berada.

Memetik kata-kata pakar pengkaji teknik kewangan, gaji bulanan itu adalah angka semata-mata dan kita harus bijak mengatur strategi kewangan setiap masa. Maksudnya begini, bandingkan Si A yang bergaji hanya MYR 1000 dan Si B yang bergaji MYR 8000. Perbezaan yang ketara bukan?. Jika Si A sentiasa menyimpan 30% daripada gaji bulanan dan Si B hanya berjoli membeli barangan beg tangan Coach dan melancong sana-sini, 10 tahun akan datang Si A mampu membeli kereta malah rumah jika Si A mahu tanpa sebarang masalah berbanding Si B yang hanya berjoli dengan kekayaannya. Ironinya, apa yang penting adalah perancangan awal. Planning is one of the most important criteria in management. Exactly!

So, mari kita lihat apakah langkah-langkah mudah untuk menjadi seperti Si A, seterusnya menjadi seperti Bruno Mars si billionaire eceh!

  • First, list down monthly / quarterly / semi annually / yearly expenses supaya  kita sentiasa bersedia untuk segala kemungkinan emergency yang tidak dijangka. Pastikan ada bahagian "lain-lain" sebagai back up expenses.
          Contoh montly expenses saya ;p
          Sewa rumah      - - - RM X
          Kereta              - - -  RMX
          Car Park           - - - RMX
          PTPTN            - - -  RMX
          Life insuran       - - -  RMX
          Parents             - - -  RMX
          Makan              - - - RMX
          Minyak kereta   - - - RMX
          Astro                - - - RMX
          Bil telefon          - - - RMX
          Broadband        - - -  RMX
          Public Mutual    - - - RMX
          ASB                  - - -RMX
          Kutu                  - - -RMX
          Lain-lain            - - - RMX

         Contoh quarterly expenses  saya ;p

          Prulady             - - -  RMX
          Prulink One      - - -  RMX

         Contoh semi annually expenses  saya ;p

         KPF                 - - - RMX
         Yuran study      - - - RMX

         Contoh yearly expenses  saya ;p
    
         Gold investment                                        - - - RMX
         Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)       - - - RMX

  • Jika dilihat list di atas langsung tidak kelihatan credit card expenses bukan? Yes, pleasseeee stay away from credit card ya! Credit card lebih kepada menjerat bukan membantu.

  • Marilah bermain kutu. Kutu amatlah membantu simpanan kita percayalah.

  • Pastikan anda jangan terlalu fokus pada future savings. Seharusnya anda perlu memiliki curent & future savings. Fungsi current saving - untuk segala perkara yang dijangka dan tidak dijangka (perkara dijangka - Roadtax & Insurance, Education Fees if any, servis kereta. Perkara yang tidak dijangka - accident (minta simpang), tiba-tiba Air Asia buat promotion maka wajar untuk merealisasikan impian ya tuan-tuan dan puan-puan). Fungsi future saving - ya tepat sekali ianya untuk aktiviti hari tua (insyaallah umur panjang) , dan untuk menjamin keluarga bahagia..amin..

  • Membuat pelabuan emas. Ya emas!.Ada beberapa cara untuk membuat pelaburan emas. Tinggal membuat pilihan yang tepat sahaja:
          > Bagi yang gemar bergaya : Belilah emas perhiasan asalkan mengikut kemampuan.
          > Bagi yang rasa diri tu cuai dan takut diragut : Buatlah pelaburan emas di mana-mana cawangan  bank yang diiktiraf. (Kuwait Finance House, Maybank, Public Bank.
          > Bagi yang kurang cuai tapi mahu hasil yang lebih memuaskan : Belilah jongkong emas , boleh didapati di Maybank (Kijang Emas), Pohkong dan sebagainya.

simpan di bank senang.risiko dikejar peragut kurang akibat emas bling-bling sana sini


  • Membeli Insuran. Tapi mesti ramai yang bersikap tertutup dan negatif mengenai insuran bukan? Pernah tonton talk show Oprah Winfrey? Menurut beliau, langkah pertama untuk menjadi kaya jangan takut membeli insuran. Tapi pastikan syarikat insuran terbabit mendapat iktiraf yang tidak diragui. Jangan terlalu terpengaruh dengan orang sekeliling tapi harus membuat research melalui internet untuk sebelum melakukan sesuatu perkara. Tips : pastikan insuran tersebut bersifat insuran bersama simpanan bukan membeli insuran semata-mata.
Prudential is one of the best insurance company in Malaysia


    • Jangan takut untuk melabur. Kenapa orang-orang kaya bertambah kaya?Kerana golongan elit seperti ini tidak takut untuk melabur. Anda boleh memilih teknik insuran bersama pelaburan. Sambil melabur, diri akan lebih secure. Tips : Melaburlah di beberapa cabang. jangan fokus pada satu syarikat pelaburan semata-mata. Perlu mengkaji dividen yang bakal diperoleh dan pastikan ianya bersih dari riba'. Masyaallah...
    eh don't get me wrong saya bukan agent Prudential tapi saya gemar melabur di Prudential kerana ianya berkonsepkan Syariah. Itu yang penting!
    • Membaca surah Al-Waqiah secara kerap disamping melakukan solat Dhuha. Paling malas pun seminggu wajibkan diri untuk tunaikan. Insyaallah kita dimurahkan rezeki dan dijauhkan kepapaan.

    • Akhir kata, pastikan gaji bulanan kita ditolak bersama zakat walaupun cuma amaun yang kecil.  Tujuannya untuk membersihkan pendapatan kita, sekaligus gaji lebih berkat, insyaallah...
    Eva : Bertungkus-lumus menyimpan wang dari muda supaya bila tua senang hati. Bersusah-susah dahulu, bersenang di kemudian hari.

      3 comments:

      1. assalamualaikum....alhamdulillah...pandai merancang...insyallah hasilnya pasti manis kemudian hari...

        ReplyDelete
      2. Insyaallah Auntie...my family background bukan senang macam family auntie..so kena buat planning betul-betul especially untuk kecemasan.Anyway, suka tengok family auntie, semua berjaya hasil didikan auntie!

        ReplyDelete
      3. saya suka entry ini! its such a great entry! detail eh u list down kan semua..hehe..me likey! n yes, mmg pandai u merancang...bagus2! ;)

        anyway, i pun ada invest in gold jugak..hehehe. sep2! :)

        ReplyDelete