Monday, June 13, 2011

Aku jumpa Hana Tajima pegang tangan Hanis Zalikha dekat Starbucks Mid Valley !

Salam Juvana

Wow kenapa Juvana ya? Sebab aku ni teramat la suka dengan cerita Juvana tu. Kreatif, lain dari yang lain.Memang tabik wa cakap lu. Pelakonnya aku takla  obses sangat biasa-biasa aja tapi jalan cerita sangat berjiwa kental yet boleh attract remaja dan golongan dewasa macam aku ni.

Ok lupakan cerita Juvana tu. Dan sekarang aku nak tekankan sebenarnya aku hanya bermimpi Hana Tajima pegang tangan Hanis Zalikha di Starbucks Mid Valley. Er er sebenarnya aku mimpi Hana Tajima dan Hanis Zalikha berebutkan aku sambil tarik-tarik tangan.
So?Ada orang kesah ke?Mimpi je kot. Fine.

Pernah terfikir tak kenapa aku terjebak dengan dunia blogging ni? Oh boleh aku promote diri, nak kaya macam Hanis Zalikha, Maria Elena, Sue Anna Joe.  Persoalannya, should I start blogging?


Its ok to have a dream...!



Oh tak tak tak aku bukan nak paksa diri aku jadi famous macam si manis beauty with brain, Hanis Zalikha yang sememangnya menjadi ikon remaja zaman sekarang. Orang bukan bercerita semata-mata perihal Hanis, malah ibunya yang tak perlu krim Olay Total Effects dah cantik tu pun jadi bualan. Oh kuatnya pengaruh Hanis ya!

Ini Hanis Zalikha : Dia suka beraksi depan kamera macam aku oh dia inspirasiku



Aku juga bukan berhajat untuk mempromosikan kecomelan dan kepakaran aku berposing di depan lensa seperti awek comel tahap super saiya, Fatin Liyana ni. Kagum dengan Fatin ni. Walaupun ambil Medic tapi masih ada masa bermodel-modelan.

Fatin Liyana : Suka bermain dengan pelbagai warna oh sangat macam aku!

Oh saya bukan berblogging untuk menjadi pakar fesyen yang bisa memukau sesiapa saja seperti pemilik blog stylecovered , si anggun Hana Tajima ni.
Hana Tajima : Dia sepet seperti aku oh dia inspirasiku

Atau menjadi pemilik ilham Fashion Valet, gadis yang amat sophisticated dan berbakat Vivy Yusoff.
Vivy : Eh macam aku la kecil tapi berapi ;p
 Hakikatnya aku ada 10 sebab aku mahu menjebakkan diri di dunia blog . .
  1. Untuk menulis dan meluahkan rasa. Kenapa tak tulis pada buku atau diari saja? Oh anda dah dapat jawapan kan. Sebab buku boleh hilang, koyak, tapi blog kekal selagi aku masih bernafas wah!
  2. Aku penat asyik dok jadi silent reader kepada orang-orang yang aku admire dari dulu. Penat ok. So, aku ambil tindakan wajib untuk aku berblogging dan harus mula berinteraksi dengan mereka-mereka ini. Nak tau perasaan sakit tu macam mana? Huh, macam kau admire kat someone ni bagai nak rak dan dia tak tau kau suka dia. Last-last dia kahwin dengan orang lain. Ha macam tu la perasaan sakit jadi silent reader.Sakit bukan?
  3. Sebab aku dilahirkan memang berjiwa seni. Haha bukan bangga tapi ya aku pernah belajar bidang seni tapi aku tak aplikasikan dalam kerja. I was like, hell I miss you Photoshop, I miss you Website design, balancing, colours, contrast, OMG. I must do something to express my arts.I adore you wahai  Sue Anna Joe. She's my idol anyway.
  4. Sebab aku pencinta kecantikan. Aku suka tengok perempuan cantik.Tapi aku bukan lesbian mahupun pengkid. Aku suka perempuan-perempuan cantik jaga kecantikan, berfesyen dan segala-galanya. Aku bangga dilahirkan sebagai perempuan oh!Jadi, aku mahu mengutip semua ilmu kecantikan dan berkongsi rahsia wanita bersama.Jeng jeng jeng...
  5. Sebab aku suka mencuba. Well blogging ni bukan benda baru ye dak. Tapi bagi aku barulah sebab aku baru cuba. Aku nak uji tahap percubaan aku ni menjadi ke idak. Apa yang aku harapkan eh haha.
  6. Aku nak tinggalkan kenangan kepada anak-anak aku. Biar aku dah tua nanti, insyaallah kalau umur panjang, aku nak handover password dan ID blogger pada anak aku dan dia sambung tulis blog aku. Lepas tu archive gile banyak bayangkan dari zaman aku, bersambung dengan zaman anak aku, oh imaginasi mengatasi segalanya. Masa tu aku dah famous macam Maria Elena. Ha korang pernah terfikir nak wasiatkan password pada anak cucu tak kan. Ha teruja bukan?
  7. I want to challenge myself. Eleh blogging pun kira challenge yourself ke dik non? Hey mestilah. Kenapa? Meh nak cerita. Sebab aku ni bekerja 8 jam sehari, lepas tu aku ni part time student. Dah namanya part time student dan pekerja fulltime pulak tu, my time is extremely limited. Time is a limited resources ya puan-puan. Tapi aku nak tambah pekerjaan aku sebagai fulltime blogger. Ha banyak betul kerja aku sekarang. Belum tambah kalau aku dah kahwin. Wow superwoman habis. Dialah employee, student, blogger, wife, mummy. Well...(^_^)
  8. Sebab ingin mengisi masa lapang dan menjimatkan wang. Kenapa blogging tu menjimatkan wang aku? Sebab hujung minggu yang selalunya aku gunakan untuk aktiviti liar - shopping juga aktiviti liar ya Dengan adanya blog, aku boleh gunakan sebagai tempat untuk menulis diari di internet. Tak ke sweet tu namanya.
  9. Aku nak tambahkan ilmu pengetahuan. Gila skema reason nombor 9 ni!. Bukan, maksudnya macam ni. Aku seorang yang tak suka membaca surat khabar. Keji tak aku. Berita Jam 8 aku tengok ya. Bagi aku dengan melawat blog-blog orang, pengetahuan aku makin luas. Sumpah tak tipu. So, untuk orang-orang yang tak suka membaca tu, cubalah dunia blog ni. Mesti rasa oh aku boleh score 3.5 above lah bila menulis dan merayau di blog orang.
  10. Sebab utama aku letakkan di pengakhiran penyebab. Nak tau apa? Sebab aku nak jadi perempuan yang yakin pada diri sendiri. Aku sebenarnya kurang keyakinan diri. Terlalu banyak negatif dalam diri aku berbanding positif. Aku sentiasa memprotes tanpa berfikir panjang. Tiba-tiba aku rasa down pulak malam ni.
Ok bye!

Eva Sharmine : Jangan meniru sentuhan blog orang lain, percaya pada kelebihan diri sendiri.Hidup aku!

3 comments:

  1. Saya juga suka melihat perempuan cantik!!! Namun bukan lesbo or pengkid! Totally understand what u meant.

    ReplyDelete
  2. Agreed. Bagi I semua tuhan cipta setiap manusia tu unik...!

    ReplyDelete