Saturday, May 21, 2011

Tips Mudah Jadi Orang Berpengaruh

Ehsan Google

                                                                              

Amboi.. 
Beraninya kau buat entry ni. Kau ingat kau golongan Datin yang ada aura jadi president mesyuarat tingkap?
Kau ingat kau artis popular yang suara suam-suam kuku tapi bisa punya pengaruh luarbiasa?
Bukan..Ini bukan entry mahu jadi sepopular golongan elit macam Siti Nurhaliza tu tapi untuk jadi popular di kalangan rakan-rakan. Pernah tak terpikir kenapa asyik-asyik si Amani (bukan nama sebenar) jadi organizer buat Bachelor Party..Asyik si Amani je yang kena contact x-schoolmate buat reunion.Kalau pergi wedding, kalau Amani tak datang,tak nak pergi lah..Amani tak datang x happening la nanti. Eh, Amani buat style tu cantik, tapi Zara buat macam sesuai je. So, macamana nak jadi macam Amani yang berpengaruh?

Mudah saja..tips yang sangat praktikal ya!
  • Mesti hubungi kawan-kawan lama dan keep in touch dengan mereka. Jadi kalau bos suruh outstation dan campak kemana-mana bolehla hubungi kawan-kawan untuk teman makan ikan bakar paling hot kat sana.
  • Setiap kali dapat jemputan pergi wedding kawan-kawan, wajib pergi ok. Di samping boleh jadi mini reunion, anda juga boleh berposing sakan sambil gayakan complete attire form top-to-toe dengan penuh kepuasan.
  • Jangan pilih kawan yang hot semata-mata. Kena kawan dengan pelbagai kategori manusia. Yang skema, yang suka buat hantaran, kaki internet, 23 jam bersekang mata, engineer kilang papan, model La Senza, penjual tudung bawal , kaki dansa di larut malam malah kaki Qiamullail semua kita harus berkawan. Makanya, lebih ramai spesis rakan, makin banyak lah pengalaman dan ilmu kita untuk mengenal manusia di muka bumi ini ohhh..
  • Harus jadi seorang yang kuat ingatan. Kuat ingatan? Ya ini untuk mudah buat kawan kita terharu. Contohnya; Eh Kiah, aku ingat ingat lagi first time aku jumpa kau, kau pakai baju pink corak Mawi World, lepastu handphone pertama kau Nokia Sabun kan? haha mesti Kiah akan terharu kan. Jadi, semua kenangan kita kena ingat supaya buat kawan kita terharu ye..
  • Diri sendiri kena up-to-date dan menonjol. Bagaimana caranya, buatlah sesuatu yang unik dan lain dari yang lain supaya kawan-kawan lain terus awwww You are such a great inventor la Kiah...I tak pernah terfikir tau pakai Nonya Kebaya dengan legging dan mini skirt. Nak tiru!.Ops imaginasi jangan over ye. Tata.
Perawan Hot : Happy bila orang ingat kita. Syukur, mudah mendapat kawan.



No comments:

Post a Comment