Aku sedih..
Mengapa orang-orang yang baik Allah jemput dulu?
Siapa bakal bimbing aku untuk jadi lebih baik?
Siapa bakal bimbing anak-anakku, generasiku?
Siapa mahu laungkan azan di kala manusia leka di buai keseronokan?
Aku sedih..
Yang tinggal cuma manusia-manusia alpa...
Yang bangga dengan hasil wang haram, membesar dengan limpahan rezeki dari sumber yang masyallah,
Yang bangga menjadi pemain maksiat tegar, si isteri tidak mengaku isteri, si suami tidak mengaku suami,
Yang sanggup bersekang mata bukan kerana bersembahyang tahajjud tetapi mencucuk langit di larut malam.
Aku insaf...
Walau aku tahu Dunia ini sudah terlalu tua untuk menampung limpahan manusia,
Walau aku tahu aku masih melakukan dosa setiap saat, setiap waktu,
Walau aku tahu betapa ramai yang membenciku dari yang mengasihiku,
Walau aku tahu Tuhan itu memerhatiku setiap perbuatanku...
Namun...
Aku masih di tokok lama,
Menganggap aku dijemput Allah bukan hari ini atau esok,
Menganggap Qiamat tu berjuta tahun lagi,
Menganggap aku selalu terlepas dari hukuman Allah,
Ya Allah...jauhkan aku dari musibahmu...
![]() | |
| Tragedi tanah runtuh Rumah Anak-Anak Yatim di Hulu Langat |
Aku : Al-fatihah buat anak-anak yatim di Hulu Langat yang telah dijemput Allah atas tragedi tanah runtuh semalam. Sesungguhnya Allah amat memuliakan anak-anak yatim..Amin


