Tuesday, January 24, 2012

aku yang tak berstatus

rindu itu sakit
sakit itu perit
perit itu seksa
seksa itu sengsara
sengsara itu malang
malang itu aku

Wednesday, July 6, 2011

K A S U T simbol seksi~!

Happy July Everyone.

Ketap ketup ketap ketup...Ah bising lah kasut kau!
Hmmm...sebenarnya ada sesuatu yang menarik tentang kasut. Pemakaian kasut sebenarnya terlalu subjektif. Kenapa aku kata subjektif? Kerana ada yang merasakan ah biarlah pakai kasut warna apa pun asalkan selesa dan boleh protect kaki. Namun ada yang merasakan biarlah seksa aku pakai kasut asalkan semua terpukau tengok kasut aku yang lain dari yang lain..Ada juga yang pentingkan brand walaupun kadangkala rupa parasnya tidaklah menggambarkan brand tersebut. Rata-rata perempuan sanggup menyeksa diri demi kecantikan.Well, beauty is pain kan...

Shoes are fabulous. Even if they're not always comfortable - Kimora Lee

Terlalu ramai blogger yang gemar berkongsi tips membeli kasut, menyimpan kasut, malah ada yang menjadi pengumpul kasut. Lihat saja pada blogger yang terkenal dengan jolokon Diva Kasut ini serta tak kurang hebatnya si kakak; http://thepinkstilettos.blogspot.com.


Baiklah, aku bukanlah seorang yang memiliki kasut sehingga mencecah beratus-ratus (kalau tambah yang aku buang & rosak tu lebih 100 pasang anyway...hehe ). Tapi aku happy bila aku rasa confident pakai kasut sedondon dengan pakaian aku. Oh memang kepuasan yang maksima ok! 

Ini antara kasut-kasut yang aku pakai suatu ketika dulu dan masih elok di pangkuanku....
                                                                                 

flat ballerina while waiting for someone @ MV

a comfort wedges so-called Golden Heart
my all time favourite Mr Blackie Whitie
my old selipar office by Primavera
cute enough?
was given by Miza for my daily driving ;p
home-sweet-home Mr Comfy
a shopping ballerina.
my alam flora shoes.
people used to call it as BUTANG BERGUGURAN.oh anyway...
i miss HIM Mr Lova!
HER : Eclipse HIM : Padini
a six inch pastel colour whoah beauty is killing me haha







Bye!











Thursday, June 23, 2011

Tips dan Portfolio Pelaburan Jadi Kaya

Salam June...!

Saya seorang yang masih single dimana100% menanggung diri sendiri (bukan ditanggung oleh ibu bapa, apatah pula encik pacar, sugar daddy dan yang seangkatan dengannya. Berpendapatan antara MYR 2000 - 4000. Tidak memiliki bisnes sampingan lain seperti penjualan bikini online mahupun penjualan kek yang maha indah seperti Puan Nani Rostam yang chantek.

Syukur, tuhan memberi kesedaran kepada saya betapa pentingnya wang dan harta pada usia yang muda. Jangan terlalu prejudis tentang kata-kata saya. Nampak seperti materialistik bukan?Tapi hakikatnya kita harus belajar untuk menambahkan investment portfolio kita supaya kedudukan kewangan  kita sentiasa secure walau dimana kita berada.

Memetik kata-kata pakar pengkaji teknik kewangan, gaji bulanan itu adalah angka semata-mata dan kita harus bijak mengatur strategi kewangan setiap masa. Maksudnya begini, bandingkan Si A yang bergaji hanya MYR 1000 dan Si B yang bergaji MYR 8000. Perbezaan yang ketara bukan?. Jika Si A sentiasa menyimpan 30% daripada gaji bulanan dan Si B hanya berjoli membeli barangan beg tangan Coach dan melancong sana-sini, 10 tahun akan datang Si A mampu membeli kereta malah rumah jika Si A mahu tanpa sebarang masalah berbanding Si B yang hanya berjoli dengan kekayaannya. Ironinya, apa yang penting adalah perancangan awal. Planning is one of the most important criteria in management. Exactly!

So, mari kita lihat apakah langkah-langkah mudah untuk menjadi seperti Si A, seterusnya menjadi seperti Bruno Mars si billionaire eceh!

  • First, list down monthly / quarterly / semi annually / yearly expenses supaya  kita sentiasa bersedia untuk segala kemungkinan emergency yang tidak dijangka. Pastikan ada bahagian "lain-lain" sebagai back up expenses.
          Contoh montly expenses saya ;p
          Sewa rumah      - - - RM X
          Kereta              - - -  RMX
          Car Park           - - - RMX
          PTPTN            - - -  RMX
          Life insuran       - - -  RMX
          Parents             - - -  RMX
          Makan              - - - RMX
          Minyak kereta   - - - RMX
          Astro                - - - RMX
          Bil telefon          - - - RMX
          Broadband        - - -  RMX
          Public Mutual    - - - RMX
          ASB                  - - -RMX
          Kutu                  - - -RMX
          Lain-lain            - - - RMX

         Contoh quarterly expenses  saya ;p

          Prulady             - - -  RMX
          Prulink One      - - -  RMX

         Contoh semi annually expenses  saya ;p

         KPF                 - - - RMX
         Yuran study      - - - RMX

         Contoh yearly expenses  saya ;p
    
         Gold investment                                        - - - RMX
         Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)       - - - RMX

  • Jika dilihat list di atas langsung tidak kelihatan credit card expenses bukan? Yes, pleasseeee stay away from credit card ya! Credit card lebih kepada menjerat bukan membantu.

  • Marilah bermain kutu. Kutu amatlah membantu simpanan kita percayalah.

  • Pastikan anda jangan terlalu fokus pada future savings. Seharusnya anda perlu memiliki curent & future savings. Fungsi current saving - untuk segala perkara yang dijangka dan tidak dijangka (perkara dijangka - Roadtax & Insurance, Education Fees if any, servis kereta. Perkara yang tidak dijangka - accident (minta simpang), tiba-tiba Air Asia buat promotion maka wajar untuk merealisasikan impian ya tuan-tuan dan puan-puan). Fungsi future saving - ya tepat sekali ianya untuk aktiviti hari tua (insyaallah umur panjang) , dan untuk menjamin keluarga bahagia..amin..

  • Membuat pelabuan emas. Ya emas!.Ada beberapa cara untuk membuat pelaburan emas. Tinggal membuat pilihan yang tepat sahaja:
          > Bagi yang gemar bergaya : Belilah emas perhiasan asalkan mengikut kemampuan.
          > Bagi yang rasa diri tu cuai dan takut diragut : Buatlah pelaburan emas di mana-mana cawangan  bank yang diiktiraf. (Kuwait Finance House, Maybank, Public Bank.
          > Bagi yang kurang cuai tapi mahu hasil yang lebih memuaskan : Belilah jongkong emas , boleh didapati di Maybank (Kijang Emas), Pohkong dan sebagainya.

simpan di bank senang.risiko dikejar peragut kurang akibat emas bling-bling sana sini


  • Membeli Insuran. Tapi mesti ramai yang bersikap tertutup dan negatif mengenai insuran bukan? Pernah tonton talk show Oprah Winfrey? Menurut beliau, langkah pertama untuk menjadi kaya jangan takut membeli insuran. Tapi pastikan syarikat insuran terbabit mendapat iktiraf yang tidak diragui. Jangan terlalu terpengaruh dengan orang sekeliling tapi harus membuat research melalui internet untuk sebelum melakukan sesuatu perkara. Tips : pastikan insuran tersebut bersifat insuran bersama simpanan bukan membeli insuran semata-mata.
Prudential is one of the best insurance company in Malaysia


    • Jangan takut untuk melabur. Kenapa orang-orang kaya bertambah kaya?Kerana golongan elit seperti ini tidak takut untuk melabur. Anda boleh memilih teknik insuran bersama pelaburan. Sambil melabur, diri akan lebih secure. Tips : Melaburlah di beberapa cabang. jangan fokus pada satu syarikat pelaburan semata-mata. Perlu mengkaji dividen yang bakal diperoleh dan pastikan ianya bersih dari riba'. Masyaallah...
    eh don't get me wrong saya bukan agent Prudential tapi saya gemar melabur di Prudential kerana ianya berkonsepkan Syariah. Itu yang penting!
    • Membaca surah Al-Waqiah secara kerap disamping melakukan solat Dhuha. Paling malas pun seminggu wajibkan diri untuk tunaikan. Insyaallah kita dimurahkan rezeki dan dijauhkan kepapaan.

    • Akhir kata, pastikan gaji bulanan kita ditolak bersama zakat walaupun cuma amaun yang kecil.  Tujuannya untuk membersihkan pendapatan kita, sekaligus gaji lebih berkat, insyaallah...
    Eva : Bertungkus-lumus menyimpan wang dari muda supaya bila tua senang hati. Bersusah-susah dahulu, bersenang di kemudian hari.

      Monday, June 13, 2011

      Aku jumpa Hana Tajima pegang tangan Hanis Zalikha dekat Starbucks Mid Valley !

      Salam Juvana

      Wow kenapa Juvana ya? Sebab aku ni teramat la suka dengan cerita Juvana tu. Kreatif, lain dari yang lain.Memang tabik wa cakap lu. Pelakonnya aku takla  obses sangat biasa-biasa aja tapi jalan cerita sangat berjiwa kental yet boleh attract remaja dan golongan dewasa macam aku ni.

      Ok lupakan cerita Juvana tu. Dan sekarang aku nak tekankan sebenarnya aku hanya bermimpi Hana Tajima pegang tangan Hanis Zalikha di Starbucks Mid Valley. Er er sebenarnya aku mimpi Hana Tajima dan Hanis Zalikha berebutkan aku sambil tarik-tarik tangan.
      So?Ada orang kesah ke?Mimpi je kot. Fine.

      Pernah terfikir tak kenapa aku terjebak dengan dunia blogging ni? Oh boleh aku promote diri, nak kaya macam Hanis Zalikha, Maria Elena, Sue Anna Joe.  Persoalannya, should I start blogging?


      Its ok to have a dream...!



      Oh tak tak tak aku bukan nak paksa diri aku jadi famous macam si manis beauty with brain, Hanis Zalikha yang sememangnya menjadi ikon remaja zaman sekarang. Orang bukan bercerita semata-mata perihal Hanis, malah ibunya yang tak perlu krim Olay Total Effects dah cantik tu pun jadi bualan. Oh kuatnya pengaruh Hanis ya!

      Ini Hanis Zalikha : Dia suka beraksi depan kamera macam aku oh dia inspirasiku



      Aku juga bukan berhajat untuk mempromosikan kecomelan dan kepakaran aku berposing di depan lensa seperti awek comel tahap super saiya, Fatin Liyana ni. Kagum dengan Fatin ni. Walaupun ambil Medic tapi masih ada masa bermodel-modelan.

      Fatin Liyana : Suka bermain dengan pelbagai warna oh sangat macam aku!

      Oh saya bukan berblogging untuk menjadi pakar fesyen yang bisa memukau sesiapa saja seperti pemilik blog stylecovered , si anggun Hana Tajima ni.
      Hana Tajima : Dia sepet seperti aku oh dia inspirasiku

      Atau menjadi pemilik ilham Fashion Valet, gadis yang amat sophisticated dan berbakat Vivy Yusoff.
      Vivy : Eh macam aku la kecil tapi berapi ;p
       Hakikatnya aku ada 10 sebab aku mahu menjebakkan diri di dunia blog . .
      1. Untuk menulis dan meluahkan rasa. Kenapa tak tulis pada buku atau diari saja? Oh anda dah dapat jawapan kan. Sebab buku boleh hilang, koyak, tapi blog kekal selagi aku masih bernafas wah!
      2. Aku penat asyik dok jadi silent reader kepada orang-orang yang aku admire dari dulu. Penat ok. So, aku ambil tindakan wajib untuk aku berblogging dan harus mula berinteraksi dengan mereka-mereka ini. Nak tau perasaan sakit tu macam mana? Huh, macam kau admire kat someone ni bagai nak rak dan dia tak tau kau suka dia. Last-last dia kahwin dengan orang lain. Ha macam tu la perasaan sakit jadi silent reader.Sakit bukan?
      3. Sebab aku dilahirkan memang berjiwa seni. Haha bukan bangga tapi ya aku pernah belajar bidang seni tapi aku tak aplikasikan dalam kerja. I was like, hell I miss you Photoshop, I miss you Website design, balancing, colours, contrast, OMG. I must do something to express my arts.I adore you wahai  Sue Anna Joe. She's my idol anyway.
      4. Sebab aku pencinta kecantikan. Aku suka tengok perempuan cantik.Tapi aku bukan lesbian mahupun pengkid. Aku suka perempuan-perempuan cantik jaga kecantikan, berfesyen dan segala-galanya. Aku bangga dilahirkan sebagai perempuan oh!Jadi, aku mahu mengutip semua ilmu kecantikan dan berkongsi rahsia wanita bersama.Jeng jeng jeng...
      5. Sebab aku suka mencuba. Well blogging ni bukan benda baru ye dak. Tapi bagi aku barulah sebab aku baru cuba. Aku nak uji tahap percubaan aku ni menjadi ke idak. Apa yang aku harapkan eh haha.
      6. Aku nak tinggalkan kenangan kepada anak-anak aku. Biar aku dah tua nanti, insyaallah kalau umur panjang, aku nak handover password dan ID blogger pada anak aku dan dia sambung tulis blog aku. Lepas tu archive gile banyak bayangkan dari zaman aku, bersambung dengan zaman anak aku, oh imaginasi mengatasi segalanya. Masa tu aku dah famous macam Maria Elena. Ha korang pernah terfikir nak wasiatkan password pada anak cucu tak kan. Ha teruja bukan?
      7. I want to challenge myself. Eleh blogging pun kira challenge yourself ke dik non? Hey mestilah. Kenapa? Meh nak cerita. Sebab aku ni bekerja 8 jam sehari, lepas tu aku ni part time student. Dah namanya part time student dan pekerja fulltime pulak tu, my time is extremely limited. Time is a limited resources ya puan-puan. Tapi aku nak tambah pekerjaan aku sebagai fulltime blogger. Ha banyak betul kerja aku sekarang. Belum tambah kalau aku dah kahwin. Wow superwoman habis. Dialah employee, student, blogger, wife, mummy. Well...(^_^)
      8. Sebab ingin mengisi masa lapang dan menjimatkan wang. Kenapa blogging tu menjimatkan wang aku? Sebab hujung minggu yang selalunya aku gunakan untuk aktiviti liar - shopping juga aktiviti liar ya Dengan adanya blog, aku boleh gunakan sebagai tempat untuk menulis diari di internet. Tak ke sweet tu namanya.
      9. Aku nak tambahkan ilmu pengetahuan. Gila skema reason nombor 9 ni!. Bukan, maksudnya macam ni. Aku seorang yang tak suka membaca surat khabar. Keji tak aku. Berita Jam 8 aku tengok ya. Bagi aku dengan melawat blog-blog orang, pengetahuan aku makin luas. Sumpah tak tipu. So, untuk orang-orang yang tak suka membaca tu, cubalah dunia blog ni. Mesti rasa oh aku boleh score 3.5 above lah bila menulis dan merayau di blog orang.
      10. Sebab utama aku letakkan di pengakhiran penyebab. Nak tau apa? Sebab aku nak jadi perempuan yang yakin pada diri sendiri. Aku sebenarnya kurang keyakinan diri. Terlalu banyak negatif dalam diri aku berbanding positif. Aku sentiasa memprotes tanpa berfikir panjang. Tiba-tiba aku rasa down pulak malam ni.
      Ok bye!

      Eva Sharmine : Jangan meniru sentuhan blog orang lain, percaya pada kelebihan diri sendiri.Hidup aku!

      Sunday, June 12, 2011

      Aku pekerja swasta yang mendapat 6 bulan bonus sekian

      Happy weekend everyone!

      Sebenarnya entry ni I buat sebab I jealous dengan kawan-kawan I yang bekerja dalam bidang profesional. I akur, masa SPM I dah buat yang terbaik tapi rezeki I bukan di bidang profesional. U all tau kan bidang professional tu apa.Apa pun, I syukur Allah permudahkan I dapat kerja di syarikat swasta yang agak hebak.Ditekankan sekali lagi hebak.;p.
       
      Minggu ni I keluar befoya-foya bersama kawan lama, Reez yang sekarang kerja di salah sebuah company Oil & Gas di KLCC.Reez seorang perempuan ya perhatian.Reez baru balik dari training cum foya-foya cum sambil menyelam minum air di Scotland..Haih dulu Sweeden, Singapore..Dengar Reez ni kerja apa macam OMG je kan orang lain outstation setakat dalam Malaysia je.Okla, Reez ni Engineer.

      hot and pretty engineer; by google


      BF beliau juga Engineer pernah bekerja di Arab Saudi tapi sekarang di Malaysia.Jap I nak bayangkan kalau diorang kahwin combine kedua-dua gaji..Fine..I jealous ok.Itu cerita seorang Engineer.

      Minggu lepas waktu I tengah syok makan depan sofa I buka Buletin Utama TV3.I kagum bila dengar dalam berita, mahkamah menjatuhkan hukuman pada si polan bin si polan oleh majistret Nora Elena (bukan nama sebenar).Sambil I makan I jeling TV tu sambil berkata oh no, weh you Nora Elena.You masuk TV sebab jadi pendakwa raya wow..gorgeous dan cool. Hmm, patutlah dulu you ni asyik menegakkan benang yang basah je.Akhirnya jadi juga lawyer. Dulu you lah kawan I gosip.Kagum seketika -_-

      a gossip girl turns into a gorgeous lawyer ;by google



      Nak dijadikan kisah (ini kisah benar) I on YM malam tu juga. I terkejut kongkang Dr Seth Tan (bukan nama sebenar) online hari ni..I pun tegur lah  lebih kurang macam ni la conversation antara I dengan Seth. Dr ni kawan I masa sekolah dulu. Bertugas di Labuan.
      don't let a handsome Doctor come to you haha ; by Google


      Buzz...!

      I           : Seth, lama you tak online! Rindu..(ayat gatal cuba tackle seorang Doktor mana lah tau kan rezeki ;p)
      Dr Seth : Memang lama pun dah nak dekat 4 bulan tak online

      * dalam hati..hmm I everyday online how could U survive 4 month without gossiping dalam YM..hehe
      I           : Seth , I gatal-gatal ni especially tangan. I dah sapu losyen Nivea tapi still merah-merah.
      Dr Seth : Oh u better take some Vitamin blablabla, avoid blablabla & n take supplement like blablabla.Don't  let the fungus spreading around that area cos that ABC fungus (whatever the name is) akan buat territory within 24 hours. 
      I           : Err so many Vitamins..ok, ah forget about it lah.Eh GF sihat?(very typical conversation between male & female huh ;p)
      Dr Seth : Oh ya one more thing, stay away from those moisturizer cream yang buat you alah, and kalau ada infection go & get the iodine blablabla ada jual di farmasi X.
      I           : Hmmm, ok ok later I pegi la ye..(sambil fikir macamana la nak avoid topic kekal sihat bersama Doktor kacak ni) I boring la semua orang dah kahwin you tak rasa nak kahwin ke?
      Dr Seth : I have no time for GF la.
      I            : Yelah Doktor yang busy forever!
      Dr Seth : Oklah, I got to go, tomorrow I ada few things to do.
      I            : Ee baru nak gosip pasal Zarul dengan Fifi dapat menang kereta Alza sebab masuk competition Shell. You ni!!!! (tiba-tiba rasa boring doktor yang malas nak layan gosip liar)
      Dr Seth : Oh send my regards to them ya.!..Eh everything you touch kena make sure benda tu hygiene ok.
      I           : Baik doktor, ngerti dong!

      See? conversation between orang biasa seperti I dengan Dr mesti ada selingan unsur-unsur perubatan. To be honest I adore this kind of people. Dunia diorang ni penuh dengan kerja dan bukan gosip-gosip kosong yang sorry to say agak membuang masa.


      Kesimpulannya, I kagum dan bangga dengan kawan-kawan I ni semua. Umur sebaya I tapi gaji double triple lebih banyak dari I. Bila keluar shopping atau makan-makan, memang semua diorang sponsor. Kalau I, tunggu bonus baru boleh bernafas.

      Apepun I syukur dengan kerja I sekarang
      Walaupun I bukan pekerja Petronas seperti Fir, Jenal, Neema, Zaza.
      Walaupun I bukan bekerja di Hospital yang awesome macam Dr Jammy, Dr Shelly, Dr Shanthiny, Dr Vicky,
      Walaupun I bukan lawyer macam Dila, Azeef.

      Aku : Tengah berkira-kira berapa bonus Petronas bagi staff.Ouch...!

      Sunday, May 22, 2011

      Dunia nggak fair!

      Aku sedih..
      Mengapa orang-orang yang baik Allah jemput dulu?
      Siapa bakal  bimbing aku untuk jadi lebih baik?
      Siapa bakal bimbing anak-anakku, generasiku?
      Siapa mahu laungkan azan di kala manusia leka di buai keseronokan?

      Aku sedih..
      Yang tinggal cuma manusia-manusia alpa...
      Yang bangga dengan hasil wang haram, membesar dengan limpahan rezeki dari sumber yang masyallah,
      Yang bangga menjadi pemain maksiat tegar, si isteri tidak mengaku isteri, si suami tidak mengaku suami,
      Yang sanggup bersekang mata bukan kerana bersembahyang tahajjud tetapi mencucuk langit di larut malam.

      Aku insaf...
      Walau aku tahu Dunia ini sudah terlalu tua untuk menampung limpahan manusia,
      Walau aku tahu aku masih melakukan dosa setiap saat, setiap waktu,
      Walau aku tahu betapa ramai yang membenciku dari yang mengasihiku,
      Walau aku tahu Tuhan itu memerhatiku setiap perbuatanku...

      Namun...
      Aku masih di tokok lama,
      Menganggap aku dijemput Allah bukan hari ini atau esok,
      Menganggap Qiamat tu berjuta tahun lagi,
      Menganggap aku selalu terlepas dari hukuman Allah,

      Ya Allah...jauhkan aku dari musibahmu...


      Tragedi tanah runtuh Rumah Anak-Anak Yatim di Hulu Langat

      Aku : Al-fatihah buat anak-anak yatim di Hulu Langat yang telah dijemput Allah atas tragedi tanah runtuh semalam. Sesungguhnya Allah amat memuliakan anak-anak yatim..Amin

      Saturday, May 21, 2011

      Tips Mudah Jadi Orang Berpengaruh

      Ehsan Google

                                                                                    

      Amboi.. 
      Beraninya kau buat entry ni. Kau ingat kau golongan Datin yang ada aura jadi president mesyuarat tingkap?
      Kau ingat kau artis popular yang suara suam-suam kuku tapi bisa punya pengaruh luarbiasa?
      Bukan..Ini bukan entry mahu jadi sepopular golongan elit macam Siti Nurhaliza tu tapi untuk jadi popular di kalangan rakan-rakan. Pernah tak terpikir kenapa asyik-asyik si Amani (bukan nama sebenar) jadi organizer buat Bachelor Party..Asyik si Amani je yang kena contact x-schoolmate buat reunion.Kalau pergi wedding, kalau Amani tak datang,tak nak pergi lah..Amani tak datang x happening la nanti. Eh, Amani buat style tu cantik, tapi Zara buat macam sesuai je. So, macamana nak jadi macam Amani yang berpengaruh?

      Mudah saja..tips yang sangat praktikal ya!
      • Mesti hubungi kawan-kawan lama dan keep in touch dengan mereka. Jadi kalau bos suruh outstation dan campak kemana-mana bolehla hubungi kawan-kawan untuk teman makan ikan bakar paling hot kat sana.
      • Setiap kali dapat jemputan pergi wedding kawan-kawan, wajib pergi ok. Di samping boleh jadi mini reunion, anda juga boleh berposing sakan sambil gayakan complete attire form top-to-toe dengan penuh kepuasan.
      • Jangan pilih kawan yang hot semata-mata. Kena kawan dengan pelbagai kategori manusia. Yang skema, yang suka buat hantaran, kaki internet, 23 jam bersekang mata, engineer kilang papan, model La Senza, penjual tudung bawal , kaki dansa di larut malam malah kaki Qiamullail semua kita harus berkawan. Makanya, lebih ramai spesis rakan, makin banyak lah pengalaman dan ilmu kita untuk mengenal manusia di muka bumi ini ohhh..
      • Harus jadi seorang yang kuat ingatan. Kuat ingatan? Ya ini untuk mudah buat kawan kita terharu. Contohnya; Eh Kiah, aku ingat ingat lagi first time aku jumpa kau, kau pakai baju pink corak Mawi World, lepastu handphone pertama kau Nokia Sabun kan? haha mesti Kiah akan terharu kan. Jadi, semua kenangan kita kena ingat supaya buat kawan kita terharu ye..
      • Diri sendiri kena up-to-date dan menonjol. Bagaimana caranya, buatlah sesuatu yang unik dan lain dari yang lain supaya kawan-kawan lain terus awwww You are such a great inventor la Kiah...I tak pernah terfikir tau pakai Nonya Kebaya dengan legging dan mini skirt. Nak tiru!.Ops imaginasi jangan over ye. Tata.
      Perawan Hot : Happy bila orang ingat kita. Syukur, mudah mendapat kawan.